Wednesday, September 26, 2012

kau hebat


aku tak kuat macam kau
kau bisa ketawa  tika marah mu menggunung
kau bisa senyum  tika tawamu kian lusuh
hebat..

memang kau orang hebat

tempatperahkeringat
26Sept2012 1619

Friday, September 14, 2012

ada orang sayang


untunglah ada orang sayang
pagi petang siang malam

apa perasaan kurang kasih sayang?
cari lah teman menumpang
walau sebenarnya kau tiada yang kurang
mungkin kau yang tak perasan
masih ada orang yang sayang

cuba kau pandang orang yang ada di belakang
orang yang pasti depakan tangan
bila kau lari cari pelukan
kau nampak bukan?


nota:
kadang kadang hidup ni tak pasti apa yang dicari, bila yang ada depan mata tak disedari
memang selalu macam tu bukan? heh...aku lah tu~
semoga Allah tak butakan hatiku untuk menilai :)

cikeika
bilikperahkeringat
11:1113/9/2012



Thursday, September 13, 2012

bukan sekarang


bila kau tanya
aku diam
bila kau paksa
aku lagi diam

aku tahu kau mahu jawapan
tapi aku diam
bukan sekarang
biarkan dulu aku pendam
aku fikirkan
walaupun beratus bulan
biarkan aku diam

'jangan tunggu' aku bilang
aku pun tak tahu bila aku pulang
itu pun kalau aku jumpa jalan
macam mana kalau aku terus hilang?


cikeika
tempatperahkeringat
10.40/13092012

dulu sekarang

budak dulu budak sekarang

budak sekarang tak macam budak dulu
budak dulu main tangkap berudu
main baling peluru, rebut tiang 4 penjuru
gelang getah dalam poket selalu
main petang sampai lebam,
bila bang baru pulang
biar kena marah asal kan hati puas

budak sekarang budak teknologi
celik mata pegang iphone, ipad, tab, htc
tgk badan semua berisi
balik kampung mula lah akal mati
takde ps3
main tenteng, congkak mesti tak reti
apatah lagi kondakondi

budak dulu budak sekarang
zaman beredar masa berjalan
tak salah ikut peredaran
asalkan selamat tak sesat jalan


nota: untung aku lahir tahun 80-an
sempat lah rasa permainan yg belum tentu boleh jumpa masa sekarang
kalau kau aku lahir satu zaman, mesti kau boleh faham
:)


cikeika
tempatperahkeringat
13092012/10.30 am

Tuesday, July 31, 2012

yang baru

hidup kita kan macam bola yang berguling-guling
ada masa di atas, ada masa di bawah
bila bola berhenti berguling
belum tentu dalam keadaan yang selesa

bila gembira lagi teruja rasa nak heboh satu dunia
bila ceria tiada duka lara rasa nak je kongsi dengan semua
dan sampai satu ketika
bila sedih berduka lara mahu teman meluah rasa
bila tertekan sayu hiba mahu telinga tadah cerita

hidup namanya ..

**
hey. blog baru. (senyum)
rasa ada banyak cerita tapi tak semua mahu dilisankan pada manusia
aku pilih blog ni saja untuk meluah rasa
0_o

Monday, July 30, 2012

diam

diam
luar jendela hujan mencurah
tiada lagi hari yang cerah
biarkan ku bermimpi indah
walau sekejap aku pasrah
aku masih belum kalah
hanya biar ku buang lelah

diam
aku hanya mahu diam