Thursday, September 19, 2013

Bukan aku sengaja

Hari ini
Aku terima nota
Salam perpisahan kali akhir katanya
Kau bilang kau sudah habis cuba
Tapi sayang aku belum terima
Hati aku beku keras batu bata
Bukan aku sengaja

Hari ini
Aku terima nota
Kau takkan datang semula
Kau bilang hati kau sudah tiada rupa
Binasa
Tiada rasa
Pudar
Hilang cinta

Hari ini
Aku terima nota
Kau ucap selamat tinggal selamanya
Kau dah letih hilang kata kata
Tiada erti tiada makna
Aku masih belum mahu terima

Hari ini
Aku terima nota
Kau bilang kita takkan kemana mana
Tiada guna kau tunggu lama
Bukan sehari tapi 6tahun derita
Kau doakan aku bahagia
Kau tutup kisah lama

Aku bukan sengaja
Aku tiada punya cinta

~kdg kita bisa sedar yg dia terlalu cinta tp syg kita belum mahu terima~


Thursday, September 12, 2013

Tak tahu

Hidup ini kadang-kadang yg jadi itu aneh
Pernah apa depan mata seperti tak kelihatan
Tapi yg jauh itu juga disanjung sanjung disayang sayang

Sekarang sudah tak kan ada erti penyesalan
Yang kau pilih teruskan
Yang kau tinggal biarkan
Teruskan kehidupan

Moga sama sama temu kebahagiaan

Thursday, March 7, 2013

Menangis #part3

Ya allah
Terangkan hatiku ya allah
Bukakan jalan buat ku
Kuat kan hati dan semangat ku
Pimpin langkah ku agar aku lurus pd jalan Mu

Ya allah
Aku ini ingin berubah

Sunday, March 3, 2013

Menangis #part2

Bagaimana lagi aku mahu nafikan perasaan bila tahu mungkin aku yang akan terkorban dlm perjuangan kali ini.

Mohon Tuhan berikan kekuatan buatku yang kekontangan harapan
Mohon Tuhan jadikan kebaikan di sebalik ujian yg Dia turunkan
Mohon Tuhan berikan aku hati yang aman dalam menerima ketentuan

Allahuakbar

Teratakbonda 1737 03032013

Rendah Hati

Kini berjalannya aku berbekalkan kepercayaan takdir yang telah ditetapkan buat ku sejak ditiupnya roh buatku di luh mahfuz..aku yakin pada ketetapan yang telah kau rencanakan buatku ya Allah

Rendah.Hati
13:46
Tmn muhibbah sabak bernam

Saturday, March 2, 2013

Menangis #part1

Apakah rasanya bila yang disayang sayang berubah hati?

Hati menangis

Friday, March 1, 2013

Selamat Jalan

Di sini indah
Aku rasa aman
Waktu aku baru jejak kaki
Banyak mata pandang
Banyak mulut tanya
Tapi tetap banyak tangan beri tunjuk ajar

Di sini banyak kenangan
Banyak aku belajar
Jatuh bangun aku
Tawa nangis aku
Tidur jaga aku
Macam-macam
Tapi aku senang

Di sini sudah tiba masa
Aku sudah habis buat kerja
Kisah baru yg bakal mula
Moga yg tertinggal baikbaik saja
Selamat jalan salam bahagia
Sampai masa jumpa semula


#Salam perpisahan buat kerusi merah meja bentuk bongkah


Wednesday, February 20, 2013

Kawan

Tiada lagi ucapan
Kita sudah di pengakhiran
Kita tak butuh kata selamat jalan
Tapi DOA sebagai tanda ingatan
Tetap berteman bukan lawan
Kerana itu hakikat kehidupan
Pertemuan ada perpisahan
Perpisahan ada kerinduan
Kerinduan yang punya sempadan batasan

Kita masih kawan kan ?

Teratakbonda
0102 20022013

Cha Ya Nun Ta Alif

dedikasi ulang tahun kelahiran kamu <3

Mata pejamkan
Hati lapangkan

Cinta itu memangnya bagaimana?
Apa cinta itu diam tanpa kata?
Apa cinta itu sepi tanpa sapa?

Entah


Kalau cinta itu ayat
Coretkanlah agar aku bisa baca
Kalau cinta itu gambar
Lukiskanlah agar aku bisa tatap
Kalau cinta itu buku
Terangkanlah agar aku bisa belajar
Kalau cinta itu jalan
Pimpinkanlah agar aku tidak sesat

Kalau kau bisa rasa CINTA
Cuma  kau tahu jawapannya


:: cinta.itu.bila.kita.percaya.dan.sandarkan.pada.Dia.kerana.Dia.Sang.Pemilik.Segala.Cinta ::

teratakbonda
21:37   09022013    



Friday, January 25, 2013

Redha itu indah

Betul redha itu indah
Pernah rasa?

Andai satu ketika
Kau rasa kau hilang punca
Kau rasa kosong tidak berguna
Kau rasa susah hati sengsara
Kau rasa sedih diuji derita
Kau rasa salah pilih jalan cerita
Kau rasa kecewa tiada terhingga
Kau rasa bodoh tak tahu apa
Kau rasa menyesal tak kena sasaran
Kau rasa patah tak tumbuh sudah

Biarkan..
Biarkan semua rasa itu

Kita kan punya Tuhan
Dia takkan biarkan kau seorang

Pulanglah dengan sepenuh keyakinan
Kau hanya merancang
Dia yang menentukan
Mungkin bukan yg baik Dia berikan
Kerana yang hebat Dia pilihkan

Buka mata buka hati
Pergi cari jalan kembali
Dia sentiasa di sisi itu pasti
Lepas jatuh kau kan berlari
Lepas terduduk kau bisa menari
Lepas menangis kau bisa ketawa lagi
Seperti lepas hujan munculnya pelangi

Teratakbonda
23:22 25012013

Sunday, January 20, 2013

Jauh

Jauh cuma pada jarak
Jauh cuma pada tempat
Jauh cuma pada pandang

Tapi jauh ini
Akan jaga kita

Dengar apa hati bicara
Apa jauh ini bisa gugat rasa?
Apa jauh ini bisa goyah setia?

Tanya pada Dia
Yakin Dia kan selalu ada
Kerna jika jauh bisa pisah kita
Cuma Dia pasti tetap bersama
Ada dalam jiwa
Jgn ragu Dia

0758 20012013
Kamarteratakbunda

Saturday, January 19, 2013

Merapu

Kau kata tak semua mudah bak bibir menutur bicara
Kau kata kau masih tak sedia perlu lagi masa
Kau kata sampai waktu pasti terbuka jalannya
Kau kata "tunggu, nanti pasti ku tiba juga"

Aku cuba
Akan setia

Aku rela
Atas nama cinta

Tapi sampai bila?

Perasaan menanti menunggu itu
tidak selalu indah tahu?
Tapi bila itu yang kau mahu aku lalu
Peduli apa sama suara itu
Bila aku pilih tenggelam bersama waktu

Monday, January 7, 2013

dalam diam takkan faham

kasih itu
pendam Dalam dalam

rindu itu
sorok Diam diam

cinta itu
simpan Takkan kelam

rasa itu
cuma aku Faham


nota:
kerana rahsia itu lebih indah dari yang engkau tahu

:)


tempatperahkeringat
17:25 07012013