Friday, January 25, 2013

Redha itu indah

Betul redha itu indah
Pernah rasa?

Andai satu ketika
Kau rasa kau hilang punca
Kau rasa kosong tidak berguna
Kau rasa susah hati sengsara
Kau rasa sedih diuji derita
Kau rasa salah pilih jalan cerita
Kau rasa kecewa tiada terhingga
Kau rasa bodoh tak tahu apa
Kau rasa menyesal tak kena sasaran
Kau rasa patah tak tumbuh sudah

Biarkan..
Biarkan semua rasa itu

Kita kan punya Tuhan
Dia takkan biarkan kau seorang

Pulanglah dengan sepenuh keyakinan
Kau hanya merancang
Dia yang menentukan
Mungkin bukan yg baik Dia berikan
Kerana yang hebat Dia pilihkan

Buka mata buka hati
Pergi cari jalan kembali
Dia sentiasa di sisi itu pasti
Lepas jatuh kau kan berlari
Lepas terduduk kau bisa menari
Lepas menangis kau bisa ketawa lagi
Seperti lepas hujan munculnya pelangi

Teratakbonda
23:22 25012013

No comments:

Post a Comment