Thursday, September 19, 2013

Bukan aku sengaja

Hari ini
Aku terima nota
Salam perpisahan kali akhir katanya
Kau bilang kau sudah habis cuba
Tapi sayang aku belum terima
Hati aku beku keras batu bata
Bukan aku sengaja

Hari ini
Aku terima nota
Kau takkan datang semula
Kau bilang hati kau sudah tiada rupa
Binasa
Tiada rasa
Pudar
Hilang cinta

Hari ini
Aku terima nota
Kau ucap selamat tinggal selamanya
Kau dah letih hilang kata kata
Tiada erti tiada makna
Aku masih belum mahu terima

Hari ini
Aku terima nota
Kau bilang kita takkan kemana mana
Tiada guna kau tunggu lama
Bukan sehari tapi 6tahun derita
Kau doakan aku bahagia
Kau tutup kisah lama

Aku bukan sengaja
Aku tiada punya cinta

~kdg kita bisa sedar yg dia terlalu cinta tp syg kita belum mahu terima~


No comments:

Post a Comment